Kesultanan Melayu Melaka telah mempunyai hubungan yang amat baik dengan Kerajaan Negara China. Kedua-dua kerajaan telah mengamalkan polisi pintu terbuka, yang mana menekankan konsep win-win situation. Melaka membayar ufti dan diisytiharkan sebagai naungan China, seterusnya China akan membantu Melaka mematahkan serangan dan ancaman tentera Siam. Hubungan baik ini diteruskan dengan kedua-dua pihak saling berkunjung dan menghantar utusan, seperti Laksamana Yi Qing dan Laksamana Cheng Ho yang mengunjungi tanah melayu dan membuka kedai makan bernama Restoran Laksamana Cheng Ho. Begitu juga dengan penjodohan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Muzaffar Shah, lalu disebutkan sebagai Li Po Mali Talak Sombong, seterusnya ditukar ke Ipoh Mali.. namun demikian hubungan akrab ini tidak lama apabila sekitar tahun 1488 di bawah Dinasti Ming, China telah mengambil pendekatan untuk mengamalkan dasar pintu tertutup, begitu jugalah tertutupnya apabila Tembok Besar China siap sepenuhnya, sehinggalah ratusan tahun kemudian, akibat Peperangan Nanking.
Begitu juga dengan Jepun. Memandangkan Malaysia akan menentang Jepun malam ini, maka kena sentuh juga berkenaan kerajaan Jepun. Jepun sememangnya mengamalkan dasar pintu tertutup, sejak Zaman Shogun dan Samurai lagi. Jepun memang melarang keras pengaruh asing ini, akibat adat, budaya dan agama yang dikekalkan dengan jitu. Namun yang demikian, sedikit demi sedikit, seperti biasalah, akibat tamak dan perpecahan dalaman (sama jugak macam orang melayu), maka Jepun terpaksa bersetuju dengan Convention of Kanagawa, yang seterusnya diikuti dengan perjanjian lain, yang mana telah membuka pintu kepada orang asing. Ketika Zaman kejatuhan shogun inilah, Rurouni Kenshin a.k.a cerita Samurai X berlangsung. Dengan kejatuhan Shogun, kebangkitan Meiji berlaku dan pelbagai modenisasi dan pengaruh asing terutamanya barat telah menular ke dalam Jepun.
Namun tak semua orang bersetuju dengan kebangkitan Meiji. Shishio Makoto, mengetuai Juppongatana untuk mengguling Kerajaan Meiji sebagai membalas dendam setelah cubaan untuk membunuhnya dalam Perang Boshin, iaitu kemuncak pertelingkahan, yang turut sama melibatkan pengaruh asing seperti British dan Perancis. Shishio telah mengumpulkan 10 pahlawan terhandal untuk mengambil alih Jepun. Namun yang demikian, setelah berlawan dengan Kenshin dan kawan-kawan, akhirnya Shishio terbakar diri sendiri setelah tak leh tahan lama, walaupun beliau telah menewaskan hero-hero dalam samurai x ini.
Sememangnya dasar pintu tertutup dan terbuka adalah dasar yang standard buat mana-mana kerajaan di dunia ini, sama ada di ketamadunan Zaman kini mahupun Zaman silam.
Menyentuh mengenai hubungan antarabangsa, pada minggu lalu aku telah dilibatkan diri dalam satu penganjuran acara antarabangsa. Benda ini lah yang menyesakkan kehidupan aku dalam 1-2 bulan yang lalu. Kerja yang tidak ada langsung dan tidak terpikir langsung untuk unit aku buat, akhirnya secara tiba-tiba akibat bos yang menggelabah dan nak tunjuk hebat, maka diserahkan menatang itu untuk unit aku buat. Bukanlah aku nak komplen dan mengomel pasal kerja, cuma waktunya tidak sesuai kerana sememangnya waktu begini adalah peak untuk tugas hakiki aku, dan masa begini jugalah aku telah genap tempoh 3 tahun dan waktu begini jugalah surat perpindahan aku ditahan dahulu oleh beliau.
Menariknya, pada waktu dan ketika acara itu berlangsunglah, maka medium perhubungan penting manusia pada masa ini iaitu telefon bimbit telah menjadi makhluk paling menyakitkan hati.Padan muka jugak kepada oang yang sibuk-sibuk nak call aku, nak cancel last minit, nak bawak benda last minit. No more last minit. Seperti aku katakan dulu, hidup tanpa telefon memaksa kita menjadi a good planner.
Ya, sekali lagi telefon bimbit aku bermasalah, dan kali ini adalah yang baru berusia 9 bulan. Rujuk entry aku dulu. Ia adalah jangka masa yang pendek bagiku, kerana dalam tempoh itu tidak banyak perkara menyeronokkan berlaku, terutamanya antara hubunganku dan telefon bimbit itu. Mungkin bagi seorang ibu mengandung 9 bulan itu rasenya lama kerana kena mengendong ke sana ke mari dan banyak pantang larang sebagainya. Maka dengan ini aku telah mengamalkan dasar pintu tertutup, tak dapat dihubungi sesuka hati lagi.
Hubungan kami adalah normal seperti hubungan-hubungan orang lain. Ada “up and down”. Manisnya dan pahitnya. Tapi normalnya perkara ini, manisnya akan hilang kerana pahitnya adalah lebih dominan, kerana pengakhirannya (at least until now) adalah perkara yang tidak menyeronokkan.
Perkara manis antara aku dan beliau adalah beliau memudahkan aku bekerja apabila aku tidak di hadapan desktop. Aku senang nak emel, editing dokumen dan emel semula. Emel itu sangat penting, lebih penting dari SMS dan whatsapp. Aku benci whatsapp dan orang yang memanipulasi orang.
Namun perkara pahit adalah lebih banyak, di mana telefon itu suka sangkut dan senyap secara tiba-tiba. Disuruhnya update fail symbian anna, pastu sekian lama cakap incomplete dan bila bawak pegi kedai dia cakap jangan update sendiri. Kejadahnya, henfon itu bodoh atau orang kedai tu yang bodoh. Lepastu selalu connection failed. 3G tak dapat. Rugi RM50 aku bayar setiap bulan sebab tak dapat internet. Cemane nak emel? Kena cari wifi la selalu. Lagi satu bangang, apabila symptom-symptom awal masalah telefon itu telah dapat dikesan. Aku pegi kedai nyatakan masalah itu, dan orang kedai itu boleh cakap “itu memang biasa”. Apa bangangnya biasa. Biasa itu bagi aku adalah semulajadi, adakah aku beli henfon itu untuk mendapatkan kekejian itu? Lagi bangang bila orang kedai tu lagi mau offer aksesori-aksesori suruh aku beli. Apa kejadahnya kalau nak pakai aksesori tu kalau dah henfon bangang macam kau? Haha
Ok lah semakin lama semakin mencarut dan tak berilmiah pulak entry aku ni. Anyway telefon aku sekarang dah selamat berada di care centre di one utama. Cakap siap 3 hari, tapi aku tak menaruh harapan untuk beliau siap tiga hari. Akhir kata jangan mudah terpedaya.

